FANDOM


Citakan:Delete

Barakas:The European Society for History of Law - Logo.jpg

The European Society for History of Law [Persatuan Eropah untuk Sejarah Perundangan] merupakan sebuah persatuan Eropah yang ditubuhkan pada 2009 dan berpusat di Brno (Republik Czech). “Persatuan Eropah untuk Sejarah Perundangan” mewujudkan platform yang ideal untuk kerjasama dalam penerbitan dan penglibatan dalam siri mesyuarat antara sejarawan dan institusi-institusi sejarah perundangan Eropah. Persatuan ini mewujudkan kolaborasi bukan sahaja antara ahli akademik, tetapi juga dengan orang-orang yang terlibat dalam bidang kehakiman (khasnya Mahkamah Perlembagaan), peguam negara, pengamal undang-undang, dan pentadbir awam yang memainkan peranan penting dalam persatuan ini.

Tujuan utama “The European Society for History of Law“ adalah untuk menyokong penyelidikan sejarah perundangan, undang-undang Roman dan pemikiran sejarah perundangan di negara-negara Eropah yang berbeza. Bidang tumpuan jurnal termasuk:

  • Sistem perundangan dan institusi perundangan,
  • Struktur perundangan,
  • Tokoh-tokoh penting dalam sejarah perundangan, sains perundangan dan pemikiran undang-undang,
  • Undang-undang Roman,
  • Sejarah pemikiran undang-undang.[1]

Untuk ahli-ahlinya, “The European Society for History of Law“ mengorganisasikan persidangan, kuliah, seminar, rombongan, dan mesyuarat dengan tujuan membincangkan isu-isu terkini dalam sejarah perundangan Eropah dan menyebarkan hasil penyelidikan oleh sejarawan undang-undang dari negara-negara Eropah. Terbitan “Journal on European History of Law“ dalam Bahasa Inggeris dan Jerman membantu masyarakat untuk merealisasikan tujuan di atas melalui penggunaan dua bahasa sejagat tersebut.

Laman web rasmi Sunting

Rujukan

This page was moved from wikipedia:bjn:The European Society for History of Law. It's edit history can be viewed at The European Society for History of Law/edithistory


Kesalahan pengutipan: Tag <ref> ditemukan, tapi tag <references/> tidak ditemukan